BismillaaHirrahmaaNirrahim...

Di sini disebutkan ENAM BELAS nama ketua syaitan dan peranan mereka menggoda manusia di atas dunia ini agar berbuat jahat, maksiat dan derhaka serta selalu lupakan Tuhan yang Maha Esa:

1. ZALITUN, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. WATIN, tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.

3. A’AWAR, tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. HAFFAF, tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. MURRAH, tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. MASUD, tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. DASIM, tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. WALAHAN, tugasnya menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.

9. LAKHUS, tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada ALLAH SWT.

10. SABRUM, tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pada saat kematian ahli keluarga dan sebagainya.

11. MISWAT / MASWAT, tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. ZAKTABUR / ZAKNABUR / ZALANBUR, tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. KHINZAB, tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. LAQNIS, tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. ABYADH, inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. KHANNAS, inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya sepanjang masa.

Sebenarnya ada banyak lagi nama mereka, umpamanya di dalam Surah Al-Fatihah saja ada 6 nama anak syaitan @ anak Iblis (belajarlah tajwid untuk bacaan yang betul makhrajnya). Semuanya adalah untuk menyesatkan umat manusia, khususnya yang Islam dan beriman kepada ALLAH SWT.

p/s : Semoga kita mendapat serba sedikit ilmu manfaat daripada secebis pengetahuan yang ada ini, khasnya untuk menghadapi godaan syaitan yang amat banyak itu... Amin² ya robal alamin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGKAH LANGKAH MENINGKATKAN MOTIVASI BAGI ATLET

Budi Bahasa Budaya Kita