CARA PEMILIHAN UKURAN SELUAR YANG BOLEH MENINGKATKAN KEYAKINAN DAN PRESTASI DIRI


Hari ini, saya nak berkongsi beberapa tips atau panduan untuk memilih seluar khusus buat kaum Adam. Atau lebih tepat lagi seluar untuk dipakai kegunaan harian. Jadi, sebelum anda nak membeli seluar tu, pertimbangkan dulu beberapa aspek berikut:

                      Image result for jenis seluar lelaki

1. Ukuran cawat seluar.
Paling penting, saiz atau ukuran cawat seluar mestilah selesa. Sedang-sedang gitu. Tak terlalu longgar atau ketat. Pastikan pinggang seluar anda berada di bawah pusat. Jadi, jika anda menempah seluar, ambil ukuran cawat melalui kedudukan itu.

2. Aspek potongan seluar secara keseluruhan.
Jenis potongan seluar yang sesuai pastinya lebih menyerlahkan gaya anda. Antara bahagian seluar yang perlu anda ambilkira adalah bahagian perut dan belakangnya, pinggang, panjang kaki serta lebar bahagian bawah seluar. Jika anda seorang yang kurus dan tinggi, anda boleh pilih seluar tanpa lisu (lipatan di depan) yang berpotongan agak ketat sikit di bahagian perut.

3. Potongan seluar di bahagian pinggang
Pemakaian seluar tanpa lisu membuatkan anda kelihatan lebih kemas. Tapi, tentu ada di antara anda yang kurang selesa dengan seluar sebegitu, kan? Terutamanya anda yang berbadan gempal atau kurang langsing. Penyelesaiannya anda pilihlah seluar yang berlisu. Sama ada satu atau dua lisu. Bagi anda yang gemarkan potongan yang lebih longgar dan besar, seluar yang mempunyai 2 lisu adalah pilihan yang terbaik.

4.Ukuran panjang seluar
Sebenarnya tiada ukuran panjang seluar yang tetap. Semuanya terpulang kepada pilihan anda sendiri. Paling penting, penampilan anda tak terjejas atau nampak pelik. Jika anda menempah seluar tersebut, mintalah nasihat dari tukang jahit yang berkaitan. Tanyalah beliau ukuran panjang yang bagaimana sesuai dengan fizikal anda.

5. Lipatan pada hujung kaki seluar
Kalau anda memilih seluar tanpa lisu, lebih sesuai jika seluar itu tak mempunyai lipatan di bahagian kaki. Sebaliknya, kalau memilih seluar yang berlisu, elok juga mempunyai lipatan di bahagian hujung kaki. Sama ada anda rendah mahu pun berketinggian sederhana, semua orang boleh bergaya dengannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGKAH LANGKAH MENINGKATKAN MOTIVASI BAGI ATLET

Budi Bahasa Budaya Kita