CARA NAK TINGKATKAN PRESTASI DIRI DALAM SUKAN BOLA TAMPAR.


Image result for volleyball


Dalam sukan bola tampar, kebiasaanya pemain tidak dapat menguasai perlawanan dalam sesuatu pertandingan. Hal ini berlaku kerana tekanan ketika perlawanan sedang berlangsung yang tidak dapat dielak. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku dalam apa jua keadaan, para pemain perlu menguasai teknik-teknik berikut yang akan dinyatakan terlebih dahulu. Dengan menguasai teknik-teknik yang dinyatakan, para pemain biasanya akan dapat bermain dengan penuh tenang dan lebih fokus untuk mencari mata. Skil-skil ini penting kerana ianya akan dapat membantu para pemain daripada mengikut emosi ketika perlawanan. Berikut adalah cara-cara bagi tingkatkan prestasi diri dalam sukan bola tampar.


  • PUKULAN SERVIS (KEMAHIRAN SERVE)

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan. Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.  Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.



  • PUKULAN MENYANGGA (KEMAHIRAN DIGGING)

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.


  • PUKULAN MENGUMPAN (BALL SETTING)

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola. 


  • PUKULAN REJAM (SPIKING)

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.


  • MENGHADANG (BLOCKING)

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGKAH LANGKAH MENINGKATKAN MOTIVASI BAGI ATLET

Budi Bahasa Budaya Kita