GAYA RAMBUT YANG BOLEH MENINGKATKAN KEYAKINAN DAN PRESTASI DIRI.
Terdapat pelbagai gaya rambut pada masa kini yang digayakan oleh pelbagai masyarakat. Berikut saya paparkan beberapa gaya rambut yang boleh meningkatkan keyakinan dan prestasi diri bagi seorang lelaki.
Ini merupakan gaya sikat tepi. Gaya sikat tepi ini biasanya diamalkan sejak zaman persekolahan lagi. Gaya ini menjadi pilihan paling ramai oleh kaum lelaki kerana kebiasaanya mereka berasa kelihatan lebih matang dan bergaya dengan gaya rambut sikat tepi ini.
2.
Ini merupakan gaya pompadour pada masa kini. ini adalah salah satu trend yang terkini yang menjadi ikutan para remaja. Gaya ini merupakan salah satu gaya rambut yang menjadi pilihan dan kebiasaannya akan menjadi pilihan bagi lelaki yang inginkan trend yang terkini.
3.
Bagi gaya rambut ini, ianya dipanggil 'spiky hair'. Biasanya lelaki yang memilih gaya ini kerana tidak mahu terlalu serabut dengan rambut panjang. Rambut ini digayakan dengan menaikkan rambut ke atas supaya tidak menampakkan rambut itu terlalu pendek.
4.

Akhir sekali adalah botak. Walaupun kelihatan kelakar bagi sesetengah orang, tapi gaya botak ini memang menjadi pilihan segelintir lelaki bagi menampakkan dirinya yang sebenar. Bagi sesetengah orang gaya ini sememangnya tidak menarik, tapi bagi segelintir lelaki mereka merasakan gaya ini akan membuat mereka menjadi diri sendiri sepanjang masa.
Ulasan
Catat Ulasan