Budi Bahasa Budaya Kita
Budi bahasa semestinya mewakili salah satu elemen penting dalam budaya kita. Justeru, ianya mempunyai pelbagai kepentingan kerana budi bahasa melambangkan akhlak kita sendiri. Antara kepentingannya adalah.
Pelbagai faedah sekiranya keperibadian kita merupakan individu yang beretika. Salah satunya adalah disenangi masyarakat. Sebagaimana yang kita ketahui, fitrah dan natural manusia itu sendiri suka yang baik. Justeru, jika diberi layanan secara beretika, semestinya kita akan berasa selesa dengan individu tersebut.
Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yakni berbilang kaum termasuklah ras dari melayu, cina, india dan banyak lagi. Justeru, pentingnya untuk setiap individu yang bergelar warganegara Malaysia untuk mengamalkan konsep berbudi bahasa sebagai salah satu ikhtiar bagi mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
The Vogue Fond |
- Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun
Dengan pengaplikasian konsep budi bahasa dan kesedaran yang tinggi ke atas pentingnya mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian, dapatlah dijadikan sebagai kayu ukur buat sesebuah masyarakat yang bertamadun. Hal ini demikian kerana dengan membudayakan amalan berbudi bahasa dapat dijadikan penanda aras kepada kemajuan dari segi lahiriah khususnya.
Jika masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang lebih bertamadun, suasana ini akan memberikan imej yang baik kepada negara. Hal ini demikian kerana penduduk luar akan meyedari kelebihan yang terdapat di Negara kita seterusnya sudah pasti Negara kita akan dihormati dan disanjungi.

- Melahirkan individu yang beretika
Pelbagai faedah sekiranya keperibadian kita merupakan individu yang beretika. Salah satunya adalah disenangi masyarakat. Sebagaimana yang kita ketahui, fitrah dan natural manusia itu sendiri suka yang baik. Justeru, jika diberi layanan secara beretika, semestinya kita akan berasa selesa dengan individu tersebut.
- Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yakni berbilang kaum termasuklah ras dari melayu, cina, india dan banyak lagi. Justeru, pentingnya untuk setiap individu yang bergelar warganegara Malaysia untuk mengamalkan konsep berbudi bahasa sebagai salah satu ikhtiar bagi mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Ulasan
Catat Ulasan