TAMPIL KEMAS DAN POSITIF
Dalam usia muda begini, mekap yang sederhana dan paling minimum sudah cukup untuk menyerlahkan kecantikan dan kemanisan wajah remaja serta melambangkan kita seorang yang kemas. Namun lebih penting ialah menjaga kesihatan kulit muka. Ramai pakar kulit berkata, untuk mempunyai kulit yang cantik dan sihat, penjagaannya perlu dimulakan dari usia remaja. Tapi itu tidak bermakna segalanya harus bergantung pada raut wajah. Terdapat pelbagai tips lagi bagi memastikan diri tampil kemas dan positif. Selain itu, cara pemakaian juga elemen yang penting dalam mengerahkan kita atau menjuruskan kita ke arah lebih kemas dan positif.
The Vogue Fond |
- Rambut
Berambut pendek atau panjang, terpulang kepada cita rasa masing-masing tetapi lebih penting ia mesti bersih dan kemas. Lebih lebih lagi pada usia meningkat remaja, kalau boleh elak daripada mewarnakan rambut walaupun ia nampak sangat menarik. Rambut yang hitam berkilau sebenarnya membuatkan anda kelihatan lebih manis dan muda. Tetapi pada hakikatnya rambut pendek dikategorikan sebagai lebih kemas kerana tidak nampak beban di atas kepala.
- Kuku
Pastikan kuku kita sentiasa pendek dan bersih. Walaupun ada yang beranggapan berkuku panjang itu cantik tetapi hakikatnya ia mudah menyimpan kekotoran. Jangan lupakan kuku kaki anda. Tiada yang lebih buruk daripada mempunyai kuku kaki yang panjang dan tidak kemas. Jadi, jangan cacatkan penampilan manis remaja dengan kuku kaki yang tidak terjaga. Sesiapa yang peka dengan penjagaan kuku akan dapat pastikan penampilan dirinya sentiasa kemas.
The Vogue Fond |
- Ubah Penampilan Diri
Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif dan kemas. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Sedikit sebanyak, kita dapat mengelakkan diri dari dilabel sebagai tidak terurus dan tidak kemas.
Ulasan
Catat Ulasan